seronok nye kalaw ada ayah..
macam mana perasaan kalaw ada seorang ayah...
mesti rasa selamat ...bila diri terasa terancam ada orang melindungi..
tapi aku dari kecik tak rase kasih sayang seorang ayah,,...
aku kehilangan ayah ketika aku 8 bulan ..mase tu aku tak tahu lagi erti kehilangan...
tapi bila aku makin dewasa aku mula rasa kehilangan walaupun kini sudah 18 tahun ayah pergi tinggal kan aku.. satu waktu yang agak panjang untuk aku lalui kehidupan tanpa seorang ayah..tapi kehidupan ku berubah ketika aku mendapat seorang ayah tiri tapi aku tetap tidak dapat terima hakikat aku merasa kekok dengan kehadirannya dalam keluarga aku...aku cuba biasakan diri...tapi aku tak serapat seperti seorang anak dengan ayah kandungnya..seperti kawan2 aku dengan ayah mereka..
perasaan tu berbeza..tapi aku da biasa dengan semua tu..sekurang2 nya bila org bercerita pasal ayah aku ada juga benda yang nak diceritakan daripada aku membatukan diri apabila semua org bercerita tentang ayah.. tetapi hari ini..telah terbukti kasih seorang ayah didepan mataku sendiri..seorang ayah yang penyayang yang amat memahami perasaan anak nya yang sedang dihimpit pelbagai masalah ynag dicipta oleh anak tu sendiri daripada pengalaman ni sendiri mengajar aku pelbagai pengajaran....
kesimpulan yang aku rangka..
jangan lah sesekali kita sakitkan hati ayah dan ibu kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan